cadangan wajibkan vaksinasi ke atas guru- Dalam usaha kerajaan memerangi covid-19 dan usaha mencapai 80% vaksinasi untuk rakyat, terdapat sebilangan rakyat enggan menerima vaksin.
Tidak terkecuali ada sebilangan guru enggan untuk menerima vaksin atas pelbagai alasan. Namun begitu, Menteri Kesihatan, Khairi Jamaludin berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan menteri pendidikan Radzi Jidin berkenaan cadangan mewajibkan vaksinasi terhadap guru.
Khairi juga berkata, mereka sedang melihat jika vaksinasi covid-19 boleh diwajibkan keatas guru, serta isu perundangan yang berkaitan dengannya.
“Kita kena bincang dengan KPM kerana ini juga ada implikasi undang-undang, saya perlu berbincang dengan menteri pendidikan tentang langkah mewajibkan mengikut sektor (guru), samada ia boleh diwajibkan atau tidak”
Malaysiakini
Dalam sidang media terdahulu, Khairi mengatakan, kerajaan masih mengekalkan dasar tidak mewajibkan vaksinasi, namun begitu kerajaan akan meneruskan pendekatan menggalakkan orang ramai untuk keluar menerima vaksin. Ia termasuklah memberi kelebihan tertentu kepada mereka yang sudah melengkapi 2 dos vaksin.
Tambah Khairi lagi, pihaknya juga menggalakkan “pujukan sektor” dimana agensi atau majikan meletakkan syarat vaksinasi untuk masuk bekerja.
Ia termasuklah sekolah jika mereka ingin memujuk guru mendapatkan vaksin.
Kerajaan menimbang untuk membuka semula sesi persekolahan, namun menjadi kebimbangan apabila terdapat isu keengganan guru untuk menerima vaksin.
Hal ini kerana pelajar yang berusia 18 tahun kebawah masih belum lagi divaksinasi dan terdedah dengan covid19
Antara sektor lain yang yang dalam pertimbangan untuk mewajibkan vaksinasi adalah sektor perjalanan


