Susulan sesi mengadap PM Ismail Sabri di Istana Abdulaziz Kuantan untuk meminta perkenan Yang di Pertuan Agong berkenaan dengan senarai kabinet, PM di jangka mengumumkan senarai kabinet dan menteri pada esok hari jam 11 (26/8/2021). Ramai menafsikran kabinet akli ini adalah kabinet Ismail Sabri
Sementara itu majlis angkat sumpah para menteri akan dilansungkan pada hari Isnin depan jam 2.30 petang.
Sebelum itu pelbagai spekulasi berlegar di media sosial berkenaan pengumuman Ismail sabri lewat petang ini berkenaan barisan kabinetnya susulan YDPA berkenan dengan barisan kabinet baru.
Persoalan terbesar, siapakah yang akan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri? Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti barisan kabinet baru ini yang disifatkan sebagai kabinet Ismail sabri.
Susulan perjumpaan PM dengan parti pembangkang baru-baru ini, ramai menafsirkan satu permulaan baharu untuk lanskap politik Malaysia.
Ramai Melobi Untuk Turut Serta Dalam Senarai Kabinet Ismail Sabri
Sebelum ini, banyak kegiatan lobi-melobi oleh parti politik untuk jawatan TPM. Azmin Ali misalnya dikhabarkan melobi untuk jawatan TPM berdasarakan dari sumber UMNO dan Bersatu. Dikatakan Azmin dan penyokongnya bakal menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sekiranya tidak dilantik menjadi TPM. Namun berita ini dinafikan oleh Muhammad Hilman Idham, setiausaha politik Azmin. Katanya berita itu “sama sekali palsu, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab“
Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi pula mencadangkan timbalan presiden UMNO, Mohamad Hasan dilantik sebagai menteri kewangan dalam kabinet Ismail sabri.
Sementara itu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pula meminta diadakan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke-II untuk diisi oleh ahli parlimen sarawak dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Terdapat juga dakwaan mengatakan bakal kabinet Ismail Sabri tidak terlalu berbeza dengan kabinet Tan Sri Muhyiddin sebelum ini.
Namun ada juga berpendapat saiz kabinet yang akan dibentuk oleh Ismail Sabri lebih kecil sedikit berbanding sebelum ini, lantaran fokus utama pada masa ini adalah memerangi covid-19.
Apa-apa pun, nantikan sahaja pengmuman PM esok untuk senarai penuh kabinet. Adakah Azmin Ali akan menjawat jawatan TPM? atau kali ini tiada jawatan TPM?
Kita nantikan esok.


