Aishah dan Vida Kembali ‘Panas’

Kisah Dato Seri Vida dan Aishah pernah mengegarkan industri hiburan seketika dulu. Mana tidaknya, Aishah pelantun lagu Camar Yang Hilang tu telah menjadi juara dalam Gegar Vaganza.

Hadiah yang dirangkul Aishah tidak seperti yang dijanjikan. Oleh itu Aishah telah membuat tuntutan kepada Dato Seri Vida. Masalah itu telah pun selesai.

Terbaru, Hasmida @ Vida telah menempelak sindiran yang dibuat oleh Aishah berkenaan dengan isu berlian palsu suatu ketika dahulu.

Terdahulu, Hasmida @ vida telah merancang untuk menyaman selebriti kontorversi, Azwan Ali dalam sidang media baru-baru ini

“Aduhai kau nak apa lagi wahai hamba Allah. Kes dah tutup dah selesai. Apa yang kau nak semua aku dah bagi. Aku suruh kau pilih sendiri sampai kau puas hati.

“Ikut kehendak.. Macam mana yang kau nak. Berlian sebiji, sebiji tak pernah dibuat orang. Kalau orang lain la… aku rasa… kalau dah bagi pilih.. pilihlah perhiasan yang boleh pakai.

“Ni pilih berlian sebiji, sebiji, 1 karat. Ada tak tokey kedai berlian satu dunia ni bagi berlian butir? Sekali cincin suami aku bayar, aku turutkan saja janji kau puas hati, janji aku boleh berniaga dengan tenang dan semoga ada hikmah,” katanya di media sosial hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan respons kepada kata-kata Aishah yang mengaitkan isunya dengan cara Azwan Ali memohon maaf kepada Hasmida

“Begitulah sakitnya hati dan jiwa bila permintaan maaf diperlekehkan seperti dipermainkan , diperlekehkan, rasa terhina kan?… makan dalam kan?” katanya juga di media sosial.

Aishah sebelum ini menuntut 5 barang kemas dari Hasmiza bagi menyelesaikan perselisihan antara mereka.

Pengusaha produk terkenal itu kemudian melunaskan tuntutan tersebut. Dalam gambar yang berkaitan, Hasmiza menunjukkan aksi seolah-olah mahu menelan barang kemas tersebut.

Aishah juga mengingatkan kehilangan rakan-rakan seperjuangan secara mengejut dari arena seni tempatan buat selama-lamanya seharusnya dijadikan iktibar.

Katanya, sebelum dijemput ajal, carilah satu kesudahan yang bermanfaat.

“Ambil iktibar dari pemergian tiba-tiba rakan satu industri. Kita semua boleh pergi bila-bila masa. Allahuakbar, marilah kita cari kesudahan yang baik,” katanya.

Leave a Reply